Adakah unit bimbingan dan kaunseling masih lagi releven di sekolah pada hari ini?….. Part 3

Penulis mengucapkan jutaan terima kasih kepada pemberi-pemberi respon terhadap isu ini. Banyak input-input serta pandangan dari sudut pandang yang berbeza berkaitan isu ini. Pandangan dari pemikirsarjana ada juga relevennya kerana ia dapat menjana pelajar yang tidak bermasalah untuk menjadi lebih baik dan berwawasan. Ia berdasarkan konteks serta situasi yang diutarakan beliau.

Namun, fokus utama yang penulis merasakan sangat-sangat penting untuk dibincangkan bersama ialah permasalahan yang berkaitan pembentukan  sahsiah diri pelajar disekolah. Ini keran, jika pelajar di bentuk serta diacu dengan baik di sekolah, maka ia member sedikit sebanyak asas pegangan serta jati diri pelajar untuk menghadapi transisi perubahan remaja kea lam dewasa. Penulis  melihat, suasana pendidikan di sekolah pada hari ini terlalu banyak masalah khususnya yang melibatkan soal pembinaan sahsiah pelajar itu sendiri. Contohnya ialah kajian yang telah dibuat oleh  UKM di salah sebuah sekolah terhadap 100 orang pelajar perempuan. Hasil kejadian menunjukkan hanya sebilangan kecil sahaja pelajar perempuan yang masih tidak pernah melakukan hubungan seks.

Berdasarkan fakta ini, penulis merasakan cukup bimbang terhadap masa depan anak-anak bangsa akan datang. Jika masalah ini tidak ada usaha penyelesaiannya, maka untuk menjamin soal keselamatan anak-anak akan datang.

Persoalannya, adakah unit bimbingan dan kaunseling di sekolah pada hari ini mampu untuk menghadapi contoh permasalahan pelajar sebegini dengan modus operandi yang telah sedia ada digunakan? Adakah modus operandi unit bimbingan dan kaunseling pada hari ini perlu dimurnikan dan diubah suai?

Penulis merasakan inilah yang perlu dibahaskan sedalam-dalamnya bagi panduan mahasiswa pendidik pada hari ini…

Guru diberi kebenaran terlibat dalam politik: Apa sudut pandang mahasiswa pendidik hari ini?

 Pada hari terakhir Perhimpunan UMNO yang lalu, bekas Menteri Pelajaran Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Hussein ketika menyampaikan ucapan penggulungannya sebagai Naib Presiden UMNO yang baru  telah melontarkan saranan supaya pendidik terutama guru dalam Kumpulan A diberi kebenaran untuk terbabit dalam aktiviti politik serta memegang jawatan dalam parti. Logiknya adalah, kepakaran golongan itu iaitu guru dapat digembleng dan dimanfaatkan bagi memantapkan lagi pasti kerana beliau amat mengiktiraf sumbangan guru bukan sahaja dalam bidang pendidikan, malah peranan yang mereka mainkan dalam perjuangan politik tempatan sejak negara merdeka.

 Dalam konteks realiti mahasiswa pendidik hari ini, bagi penulis, saranan tersebut adalah sangat wajar kerana guru akan lebih mendekati kehidupan masyarakat setempat dari berbagai-bagai lapisan. Ini jelas menunjukkan bahawa profesion perguruan ini mempunyai medan politiknya tersendiri dan ia sangat berbeda dengan profesion yang lain. Justeru, penulis merasakan, sebagai persiapan awal mahasiswa pendidik untuk terjun ke dunia realiti masyarakat sekolah akan datang, lanskap politik mahasiswa pendidik hari ini perlu diubah supaya kepemimpinan mahasiswa pendidik dapat digilap dengan baik supaya lebih sedia, matang, serta ‘well prepare’ dan dapat melatih bakal guru untuk menyumbang ke arah pembinaan negara bangsa yang bertamadun berlandaskan lunas-lunas yang dianjurkan oleh Islam bermula seawal peringkat sekolah lagi. . 

       Jika politik mahasiswa pendidik hari ini masih tidak matang dan seperti kebudak-budakan, maka kepemimpinan bakal-bakal pendidik anak bangsa ini akan menjadi mandom. Justeru, ia tidak akan mampu mengharungi dunia pendidikan dengan lebih efektif. Tidak hairanlah bagi penulis jika trend budaya kerja pendidik hari ini hanya “punch kad pukul 7.30 pagi dan balik ke rumah pukul 2.00 petang setiap hari”. Adakah trend sebegini mampu untuk merealisasikan konsep pembelajaran sepanjang hayat untuk melahirkan modal insan yang cemerlang bagi menjana sumber aset keperluan negara?      

Pem’frame’an pemikiran mahasiswa pendidik dengan budaya hedonisme yang melampau dalam kalangan mereka secara langsung telah membunuh minda pendidik untuk menjadi arkitek masyarakat yang baik. Jika dos ubat diberikan tidak mengikut sukatan yang ditetapkan, maka ia akan memberi kesan buruk serta menjejaskan kepada tubuh badan pesakit. Siapa yang perlu dipersalahkan? Samalah juga jika disamakan dengan pendidik. Jika pelajar sekolah hari ini menghadapi masalah disiplin yang sangat teruk, siapa yang patut dipersalahkan? Sudah pasti salah satu daripada jawapannya ialah batang tubuh seorang guru. 

Justeru, mahasiswa pendidik hari ini perlu diberikan ruang yang cukup luas supaya proses pembinaan generasi pendidik yang berkepimpinan berkualiti dapat dilahirkan demi kepentingan negara kelak.

 

Adakah unit bimbingan dan kaunseling masih lagi relevan di sekolah pada hari ini?… Part 2

Setelah meneliti komen-komen dari pembaca untuk isu ini, sememangnya kita tidak boleh menyalahkan kepada unit bimbingan dan kaunseling semata-mata. Ini kerana, berdasarkan dari respon pembaca, ia merupakan platform luar yang boleh digunakan untuk mendekati permasalahan pelajar di sekolah..

Bagi penulis, yang menjadikan unit bimbingan dan kaunseling itu relevan atau tidak pada hari ini terletak kepada kebijaksanaan batang tubuh diri kaunselor itu sendiri. Kaunselor bukan hanya mengadakan sesi kaunseling individu @ kelompok semata-mata tetapi persoalannya ialah  sejauh manakah seorang kaunselor itu boleh merencanakan agenda pembentukan sahsiah pelajar di sekolah yang akhirnya berjaya menghasilkan produk-produk pelajar yang berguna untuk agama, bangsa dan negara?

Inilah yang menjadi kupasan utama bagi penulis kerana setakat saban tahun, berbagai aktiviti yang dijalankan oleh seorang kaunselor melalui unit bimbingan dan kaunseling tetapi masih kurang mendatangkan impak yang berkesan kepada pelajar terutama dalam soal pembentukan sahsiah pelajar. Ini bukan suatu perkara yang mudah bagi penulis untuk merencanakannya kerana ia memerlukan sokongan daripada semua pihak tetapi, sejauh manakah kaunselor mengambil kesempatan bersama-sama guru-guru yang lain terutama guru-guru pengajian Islam atau guru yang berpengalaman untuk mencapai perkara tersebut?

Penulis lebih gemar perkara ini dibincangkan dalam konteks pelaksanaan dan keadaan realiti pelajar di sekolah hari ini kerana ia sedikit sebanyak dapat menyumbang buah fikiran yang baru kepada bakal-bakal kaunselor di sekolah nanti.

Apa yang pasti bagi penulis, untuk memastikan unit bimbingan dan kaunseling terus relevan dan diterima di sekolah hingga ke hari ini, satu metod serta pendekatan yang baru dan bersifat  semasa perlu difikirkan bersama supaya usaha membentuk sahsiah pelajar di sekolah tercapai. Ini kerana, perwatakan pelajar hari ini tidak sama seperti pelajar dahulu. Penulis merasakan, perlunya mekanisme baru dirangka bersama oleh kaunselor serta guru-guru lain terlibat merealisasikan perkara ini, tetapi apakah dia mekanisme tersebut?

Kalau dahulu, pelajar tidak berani untuk membuli, menghina, melawan kata guru tetapi hari ini, telah timbul kes pelajar membuli guru, melawan guru, menghina guru dan banyak lagi kes-kes salah laku pelajar yang masih tidak dapat dibendung lagi.

“Tepuk dada, tanyalah iman”

Adakah unit bimbingan dan kaunseling masih lagi relevan di sekolah pada hari ini?… Part 1

Contoh Gambar Sesi Kaunseling

Hipotesis awal dari pemerhatian serta pengamatan penulis mengatakan bahawa, unit bimbingan dan kaunseling masih belum mampu untuk membina sahsiah pelajar yang semakin teruk pada hari ini. Penulis melihat ia hanya mampu melorongkan pelajar untuk membina kerjaya masa depan pelajar tetapi tidak dalam soal pembentukan sahsiah.  Kita boleh lihat, bagaimana teruknya sahsiah pelajar di sekolah baik di bandar atau pun di luar bandar. Justeru, adakah kaunseling berperanan dalam soal pembentukan sahsiah pelajar?

Penulis tidak berniat untuk memandang rendah apa yang telah pihak kaunseling laksanakan di sekolah. Itu merupakan salah satu usaha murni untuk memastikan keberlangsungan modal insan negara bagi menjamin sumber manusia negara kita hari ini stabil. Malah dapat membantu menjana pelbagai aspek pentadbiran negara di masa kelak. 

Sebagai contoh seperti dalam bidang kedoktoran, pembinaan infrastruktur, pengurusan pentadbiran, akauntan, perundangan dan banyak lagi. Tetapi persoalannya ialah berapa ramai produk-produk kelahiran daripada hasil lorongan ini bersahsiah tinggi, berperibadi mulia, yang dapat menjadi agen perubahan dalam kehidupan masyrakat hari ini supaya menjadi hasrat untuk membina sebuah masyarakat madani yang Muslim tercapai? Hingga hari ini, tidak ada data yang dijumpai oleh penulis berkaitan persoalan berkenaan. (jika ada, maklumkan pada penulis yer)

Penulis merasakan, metodologi kaunseling perlu diubah di sekolah pada hari ini. Terlalu banyak teori-teori barat yang telah dihasil dan diaplikasikan tetapi masih lagi belum mampu menangani masalah social pelajar dan masyarakat. Mungkin sudah tiba masanya untuk beralih angin untuk mengaplikasikan sepenuhnya teori-teori dari cendikiawan dan tokoh-tokoh ilmuwanIslam.

Masih adakah lagi jalan alternatif yang mampu menggantikan peranan ini?

“Jika angin tidak bertiup, masakan pokok boleh bergoyang?”

“Rancang dengan apa yang ada di tangan, bukan yang kita angan-angankan”… Part 2

Sebagai salah seorang yang memang  telah sedia bergelumang dengan dunia kepimpinan sebuah organisasi, penulis berasakan ada juga sebilangan yang lain mempunyai mempunyai pemikiran yang dinamik, kritis dan menjangkaui pemikiran orang lain walaupun pengalaman dalam bidang pengurusan organisasi sungguh cetek. Mereka termasuk diri penulis sendiri merasakan sangat mudah untuk mengungkap sesuatu idea baru, namun pada hakikatnya, berlaku kelompongan dalam menterjemahkannya dari sudut pelaksanaan dan perbuatan.

681c1a8a2a4ced22[1]

Sangat susah juga dirasakan apabila soal tentang  perkara ini hendak diterjemahkan dalam bentuk kertas kerja. Bunyinya seperti remeh tetapi,ia memberi makna yang cukup mendalam dan menjadi rujukan utama generasi pelapis kepimpinan akan dating supaya kesilapan yang sama tidak berulang kembali kelak.

99b699f54691a4bc[1]46b755c6504886ee[1]

Namun, sudah menjadi kelaziman, kerja-kerja ad-hoc terpaksa juga dilalui sebilangan pemimpin mahasiswa pendidik kini. Ia suatu perkara yang bukan diminta-minta, tetapi, ia suatu perkara yang tidak diduga, bukan dari kuasa manusia yang menentukannya, tetapi sebagai tanda sayang Yang Maha Pencipta kepada hamba-hambanya

 886312a9211f5a1a[1]

Melihatkan keadaan sebegini, penulis berasakan adalah menjadi satu keperluan bagi mahasiswa pendidik hari ini termasuk diri ini belajar mencongak perancangan masa depan sesebuah organisasi. Melalui bacaan-bacaan serta pergerakan semasa aktiviti mahasiswa pendidik hari ini, jangkaan-jangkaan awal terhadap apa-apa aktiviti boleh dibuat. Ini secara tidak langsung dapat mengurangkan sedikit kekusutan, keserabutan dan kekelam kabutan apabila sesuatu aktiviti berlaku pada masanya..

So, kesimpulannya:

“Pandai cakap, pandai la buat yer”

 

Posted in 1. Leave a Comment »

Inspirasi Pendidik: Filem Laskar Pelangi… Part 3

IMG_2423

Dari segi pembikinan filem Laskar Pelangi ini, Prof Abu Hasan Hasbullah mengatakan bahawa beliau cukup kagum akan kebijakan aspek teknikal dalam proses penghasilan filem ini. Pengarah filem ini iaitu Riri Reza telah Berjaya mengurangkan kekurangan yang asal seperti yang tertulis dalam novel Laskar Pelangi tersebut.

 1c95236b36c88b98[1]

Ciri-ciri penting dalam filem ini iaitu bangunan SD Muhammadiyah yang mempunyai atap yang bocor, terdapat arca pada bangunan tersebut telah dikekalkan. Kecermatan Riri Reza dalam usaha mengekalkan keaslian tempat penceritaan filem ini menyebabkan filem ini begitu realis apabila ditonton.

Muzik-muzik Melayu yang dijadikan muzik latar dalam filem ini telah dikekalkan kerana masyarakat Melayu Belitong mempunyai ciri-ciri kemelayuan masyarakat Melayu di sana yang cukup tebal. Hasilnya, kita dapat merasakan bahawa pelakon-pelakon dalam filem itu seperti terasa seperti bukan filem, yang mana ia seolah-olah menceritakan tentang filem dunia abadi. Ini kerana ia sebuah filem yang bersih, sebuah filem yang jujur, dan sebuah filem perjuangan dahsyat seorang guru seperti watak Pak Harfan, Bu Mas.

af9b7aa239886146[1]

Melihat pada hal ini, dapat disimpulkan bahawa kerjaya guru ini merupakan profesion yang sangat lawa dan cantik. Walaupun penampilan seorang guru tersebut adalah sederhana sahaja, tetapi ia tetap seorang yang suci untuk mendidik anak-anak didiknya supaya berjaya di dunia dan di akhirat. Jika anak didiknya kelihatan kotor, tidak sempurna pakaiannya, maka tidaklah menjadi suatu dosa kepada seorang guru yang membersihkan penampilan anak muridnya, memberikan stokin yang baru, memberikan pakaian yang baik, dengan harapan, anak murid ini dapat belajar dengan baik dan selesa, serta memperoleh kejayaan yang luar biasa cemerlangnya. 

Justeru, ternyatalah disini bahawa, filem Laskar Pelangi ini merupakan filem yang cukup strategis perancangannya, cukup jujur kritikan tentangnya kerana kerja-kerja pembikinan filem ini sangat genius, yang merupakan adaptasi pengalaman sebenar penulis novel Laskar Pelangi iaitu Andrea Hirata. Kekreatifan Riri Reza yang merupakan seorang neoralis (mengambil sahaja individu-individu tempatan dan memberikan latihan untuk menjadi actor watak dalam filem), telah menghasilkan sebuah filem yang mempunyai kecantikan yang luar biasa, menjadi salah satu filem yang mempunyai disiplin yang sangat baik, naskha yang sangat ajaib, dan sangat cermat untuk menceritakan adaptasi novel asal.

 Itulah dia filem Laskar Pelangi

 19e5f8e4bf32a938[1]

Inspirasi Pendidik: Filem Laskar Pelangi Part 2

IMG_2424

Dalam sesi bedah dan cungkil rahsia disebalik pembikinan filem Laskar Pelangi ini, Prof Abu Hasan Hasbullah berpandangan file mini merupakan suatu filem yang berbentuk risalah dan mempunyai meseg yang cukup bermakna ertinya. Ia bukanlah sebuah filem yang kosong dan tidak mempunyai apa-apa nilai dan erti kepada penonton, tetapi ia adalah sebuah filem yang cukup bijak dan cemerlang yang diarahkan oleh Riri Reza dan krew-krew filem tersebut. Ia mempunyai unsur-unsur sastera yang mendalam, namun, bagi Prof Abu Hasan, bagi siapa yang tidak menonton filem ini, beliau beranggapan mereka tidak mencintai dunia kesusasteraan.

 

Selain daripada itu, Prof Zakaria juga ada menyatakan bahawa filem ini merupakan fiel yang menyuarakan idealism seorang guru. Ia menzahirkan pengorbanan seorang guru yang perlu dibuat untuk mendidik anak murid di sekolah kelak. Katanya lagi, dalam soal mendidik anak murid atau pelajar, kita memberi tetapi jangan hanya menerima

 

Tambahan beliau lagi adalah, sasaran filem ini amat bertepatan dengan mahasiswa pendidik di UPSI ini. Walaupun suasana yang ditonjolkan dalam file mini berbeza dengan reality sekolah di Malaysia pada hari ini, tetapi, masalah yang dihadapi oleh seseorang guru di alam persekolahan adalah sama yang menyentuh tentang nilai didikan yang diberikan oleh guru kepada anak muridnya.

 

Agak kecewa sedikit bagi Prof Zakaria ialah, mengapa direktor filem ini telah memilih  Paris sebagai lambang kejayaan yang dikecapi oleh watak pelajar SD Muhammadiyah tersebut? Beliau berpandangan, jika watak tersebut keluar dari Pulau Belitong yang dihimpit kemiskinan hidup itu untuk berjaya di masa hadapan, itu ialah suatu lambang kejayaan  mutlak dapat dikecapi oleh watak tersebut.

58eb8ba5803add8e[1]                                                                                 661bd72898f5fe9c[1]

Penampilan watak-watak dalam filem tersebut yang cukup bersahaja, compang-camping pakaiannya telah menimbulkan kerealismaan filem Laskar Pelangi ini. Namun, persoalan yang ebrjaya ditimbulkan ialah, bagaimanakah peranan guru wanita? Apakah guru wanita pada hari ini terpaksa menanggung lebih tanggungjawab dari yang sepatutnya? Ini kerana, populasi mahasiswa pendidik di UPSI pada hari ini ialah 85 peratus perempuan dan 15 peratus lelaki. Mungkinkah guru wanita pada hari ini dan akan datang akan dibuli oleh pelajar di dalam kelas?  

 

“Rancang dengan apa yang ada di tangan, bukan yang kita angan-angankan”…

6c12e1fef0b330aa[1]

 

Penulis pernah mendengar rangkap kata di atas dari sebuah kumpulan nasyid Nowseeheart dalam album-album nya yang terdahulu.… Rangkap kata lirik lagu tersebut cukup bermakna penulis rasakan kerana ia memberi idea kepada penulis sendiri untuk membina diri penulis supaya sentiasa membuat perancangan yang baik sebelum melakukan sesuatu tindakan.

                Sudah menjadi suatu tabiat terutama dikalangan mahasiswa pendidik hari ini, sudah terbiasa dengan melakukan persediaan sesuatu kerja atau program-program di minit akhir sebelum event tersebut bermula. Penulis sendiri tidak tahu dimana silapnya mengapa perkara ini boleh berlaku. Mungkin, ada juga pembaca terlintas di dalam hati mereka,

                “ Hang tak rasa apa yang kami alami, hang boleh la cakap @ komen itu dan ini.. Kerja lambat dan prepare minit-minit akhirla… “

Penulis sendiri merasakan ada asasnya mereka menyuarakan sebegitu. Ini kerana mereka mempunyai bebanan tanggungjawab yang cukup banyak hinggakan seorang individu itu mempunyai lima @ enam taklifat yang diberikan pada batang tubuhnya. Malah ada yang terpaksa memegang menyahut cabaran untuk memimpin sesebuah oranisasi. Penulis juga pernah merasakan keadaan sedemikian rupa sebentar lambat hantar assignment, lambat siapkan perancangan organisasi, lambat adakan meeting untuk sesebuah organisasi, lambat hubungi individu untuk event-event tertentu dan banyak lagi.

Apa pun, hari demi hari , penulis merenung juga perkara ini seorang diri. Terlintas di sudut hati penulis,

“Tak boleh kah aku tidak menangguh-nangguh kerja…. Tak bolehkan aku siapkan assignment sejurus saja lecturer bagi tugasan…. Tak bolehkah aku stay up di waktu malam sebelum ini untuk membuat assignment dan menyiapkannya sebelum tarikh wajib assignment  di hantar…”

Sebenarnya, penulis merasakan bukan tidak boleh permasalahan ini diubah tetapi itu terpulang kepada kebijakan diri penulis dan pembaca sekalian untuk mengurus sesuatu perkara supaya ia tidak menjejaskan prestasi akademik, organisasi dan banyak lagi.

Sebagai pemimpin kepada diri sendiri, organisasi dan sahabat-sahabat, kita seharusnya bijak mengurus masa, mengurus kewangan dan merancang sesuatu perkara supaya ia tidak akan membebankan diri sendiri kelak.

Jadi, rancanglah dengan apa yang ada ditangan anda, bukan  yang anda angan-angankan…

 

Inspirasi Pendidik: Filem Laskar Pelangi… Part 1

Baru-baru ini, penulis telah berkesempatan untuk menghadiri satu diskusi filem. Pada mulanya, penulis tidaklah mengetahui lebih lanjut  tentang filem tersebut iaitu Laskar Pelangi, sebuah filem yang diarahkan oleh pengarah filem Indonesia iaitu … Filem ini adalah adaptasi dari sebuah novel iaitu Laskar Pelangi yang ditulis oleh Andrea Hirata.. Antara panel yang hadir untuk mendiskusikan mengenai filem ini adalah Prof Zakaria bin Ali, pensyarah di UPSI sendiri dan gandingan beliau ialah anak didiknya sendiri iaitu Prof Madya Abu Hassan Hasbullah, yang selalu ke udara dalam rancangan televisyen Analisis Astro Awani, Hujah TV9 dan banyak lagi.

 

                  Bersama Prof Abu Hassan Hasbullah                                   Bersama Prof Zakaria Ali

Ironiknya, filem ini mengisahkan tentang seorang guru yang mendidik anak muridnya yang hanya seramai 10 orang sahaja. Guru tersebut terpaksa menghadapi pelbagai rintangan, kerenah anak muridnya, kesempitan hidup, serta kedhaifan bangunan sekolah iaitu SD Muhammadiyah yang terletak di salah sebuah pulau di Indonesia. Natijahnya, guru tersebut berjaya melahirkan anak muridnya yang bijak pandai, ahli negarawan serta tokoh pemimpin negara yang terkemuka.  

Komentar dari Prof Abu Hassan mengatakan bahawa, filem ini adalah filem yang terbaik, sangat istimewa, dan mempunyai ketulinan seperti yang terkandung dalam novel asalnya iaitu Laskar Pelangi. Tambah beliau lagi, watak-watak serta scene-scene dalam filem ini sangat original, lakonan yang realilistik, serta berlatarbelakangkan  suasana persiktaran penggambaran filem yang sebenarnya. Di samping itu, ia mengekalkan ciri-ciri asal seperti dalam novel tersebut.… Impaknya, ia telah diangkat filem terbaik di Indonesia kerana ia sangat mempengaruhi para guru, pendidik dan ibu bapa supaya bersungguh untuk mendidik serta menabur bakti pada anak bangsa sendiri…

  

…Ramadhan Yang Sama Natijah Yang Berbeza…. ? Volume 3

 Ahlan Ya Ramadhan..

Ahlan ya Ramadhan… Syukur Alhamdulillah, hari ini umat Islam di Malaysia akan mula melakukan ibadah puasa di bulan Ramadhan al Mubarak…  di awal Ramadhan ini, sudah tersemat di hati-hati yang inginkan tarbiyah serta penyucian diri di bulan Ramadhan, dengan perancangan diri untuk beramal ibadah sebanyak yang mungkin..

6e71c23e0ac22a42[1]

Ingin merancang untuk mengkhatamkam bacaan al Quran sebanyak yang boleh. Memenuhkan masa dengan berzikir, membaca al Quran, bersedekah…  Disamping itu, mengurangkan amalan yang menyumbang kepada dosa seperti mengumpat, mengeluarkan kata-kata kesat, menyakiti hati Muslim yang lain dan banyak lagi..

c65138158a03f6f2[1]

                Disamping itu juga, kepada pendokong-pendokong agama Allah, waktu ini lah waktu yang sangat sesuai untuk melazimkan diri dengan sembahyang malam untuk kita melatihkan diri menjadi pendokong yang sangat menjaga hubungan dengan Allah. Kalau sebelum ini, kitabanyak bercakap, banyak buat kerja tanpa dengan pergantungan kepada Allah setelah segala usaha yang dilaksanakan, masa ini lah yang sangat sesuai untuk melatih diri semula untuk menjadi  hamba yang sangat taqarrub pada Allah…

Kepada sahabat handai, penuhkan masa anda dengan aktiviti yang mendekatkan diri pada Allah. Kurangkanlah  amalan yang kurang mendapatkan faedah dibulan Ramadhan ini seperti bermain PES, berangan-angan kosong dan sebagai nya. Penulis tidak mengatakan itu adalah salah tetapi, ia hendaklah dikawal dengan baik supaya keberkatan di bulan ramadhan tidak berlalu begitu sahaja..

 

                Istiqamah untuk melakukan solat sunat tarawikh… Sudah menjadi fenomena di alam melayu hari ini, pada 10 malam ramadhan yang pertama, surau, masjid, dan tempat ibadah bg org muslim dipenuhi dengan ramai umat Islam, hinggakan melimpah-limpah ke bahagian luar… Harapan penulis, fenomena ini bukanlah hanya hangat-hangat taik ayam sahaja untuk mengimarahkan bulan ramadhan dengan solat sunat tarawikh berjemaah. Moga-moga bilangan jemaah yang hadir terus berkekalan hingga malam-malam yang terakhir di bulan Ramadhan untuk sama-sama kita memburu suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan iaitu malam lailatul qadar…  

                Harapannya, moga Ramadhan kali ini mendapat natijah yang berbeza dari yang lain…