Memang diakui bahawa, tugas sebagai seorang warden memang mencabar. Pengorbanan yang sesungguhnya bagi seorang warden sangat-sangat dituntut bagi melaksanakan amanah yang diberikan. Penulis teringat pada firman Allah Taala dalam surah at Taubah, ayat 111:
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang Yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka Dengan (balasan) Bahawa mereka akan beroleh syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada Yang membunuh dan terbunuh. (balasan syurga Yang demikian ialah) sebagai janji Yang benar Yang ditetapkan oleh Allah di Dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi Yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? oleh itu, bergembiralah Dengan jualan Yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan Yang besar.
Dalam ayat al Quran diatas, meseg jelas menunjukkan bahawa dalam konteks sebagai seorang guru mahupun seorang warden, pengorbanan sangat ditagih dalam menjalankan amanah yang telah diberikan. Pengorbanan harta, jiwa, wang ringgit, masa dan sebagainya adalah satu sunnah yang perlu dilalui oleh seorang warden atau guru. Ini kerana, bukan senang untuk melahirkan serta memastikan kemenjadian seorang anak murid. Ia memerlukan proses yag cukup panjang dan berterusan. Tanpa ada pengorbanan, kemenjadian murid tidak akan terhasil begitu sahaja.
Pemerhatian pelajar yang berterusan sangat diperlukan supaya perkembangan pelajar dapat dipantau dengan baik. Tindakan pantas, bijak, segera dan efektif yang berterusan perlu diutamakan bagi memastikan budaya negative dikalangan pelajar tidak menular dengan cepat terutamanya bagi pelajar yang tinggal di asrama.
Justeru, walaupun terpaksa berhadapan dengan nature hidup seorang warden yang sangat berbeza dengan guru akademik yang lain, tugas sebagai seorang warden sangatlah mulia di sisi agama. Tidak semua yang mampu melaksanakannya dengan baik namun tugas mulia bagi menjadikan anak murid di sekolah ini menjadi insan yang baik serta berguna pada agama akan datang adalah satu tugas yang sangat MULIA bagi penulis. Tiada yang lebih gembira dalam hidup seorang warden melainkan melihat anak-anak didiknya menjadi manusia yang berguna untuk berbakti pada agama kelak. Jika tiada warden, siapa lagi yang hendak di harapkan untuk melaksanakan agenda ingin memanusiakan manusia yang ada disekolah kelak.