WAJIB LULUS MATA PELAJARAN BAHASA INGGERIS DALAM PEPERIKSAAN SPM?


Malam semalam dan hari ini aku menonton televisyen channel 501 dan 502 iaitu Astro Awani dan Bernama TV. Banyak isu yang diperkatakan dalam saluran tv tersebut. Yang menarik bagi penulis ialah isu seperti di atas. Penulis yang merupakan bakal pendidik untuk generasi muda anak bangsa akan datang merasa terpanggil untuk memberikan pandangan tersendiri. Penulis bersetuju tentang ulasan yang telah diperkatakan oleh saudara Hilman (SU Politik GAMIS) dan pensyarah bahasa dari Pusat Bahasa UPM. Katanya faktor sistem pendidikan khususnya untuk pembelajaran Bahasa Inggeris perlu dikaji semula pelaksanannya hingga ke akar umbi. Di samping itu juga, faktor kekreatifan seorang guru bahasa Inggeris dalam sesi PNP perlu diperbaiki hingga ke tahap yang membanggakan. Jika hanya sekadar ditakuk lama, ia seolah-olah memenjarakan tahap inovasi seorang pendidik masa depan. Generasi hari ini memerlukan satu inovasi dalam dunia pembelajaran mereka. Kalau hari-hari guru masuk ke kelas dan menyatakan “ Ok guys, turn to page 143. Today I will teach you about grammer: Simple Past Continouis Tense…” dengan gaya pengajaran yang menghambarkan serta memboringkan, maka ia tidak dapat menimbulkan minat pelajar untuk mendalami bahasa Inggeris. Malah tumpuan tidak dapat diberikan serta interaksi pelajar dalam kelas tidak menyeronokkan pelajar dalam kelas.
Memandangkan kekritikalan situasi begini, suatu inovasi dan formula baru adalah dirasakan perlu bagi penulis untuk difikirkan bersama bagi mahasiswa pendidik akan datang. Kajian di sekolah-sekolah berhampiran dengan pusat pengajian tinggi awam perlu dilaksanakan supaya pemantauan bagi perkembangan pendidikan bahasa Inggeris di peringkat rendah dan menengah dapat dilihat perubahan mengikut masa dari tahun ke tahun. Ada kemungkinan saiz kelas yang ideal untuk sesi pengajaran bahasa Inggeris perlu difikirkan. Kuantiti pelajar yang ramai dalam sesebuah kelas memungkinkan juga keberkesanan pengajaran tidak mencapai ke tahap yang diinginkan. Ia mungkin penyebab pelajar menjadi boring untuk belajar bahasa Inggeris kerana guru tidak dapat memberi fokus pada pelajar yang lemah dan bermasalah.
Kemudiannya ialah kaedah pengajaran yang digunakan. Penulis bersetuju dengan pandangan saudara Hilman agar menyediakan kemudahan elektronik kepada pelajar untuk mendalami bahasa Inggeris secara praktikal. Ini kerana hendak atau tidak, pelajar sememangnya kene mencari bahan berkaitan kerana ke semua perisian dalam alatan elektronik tersebut adalah dalam bahasa Inggeris. Memang kita berasakan suatu perbelanjaan yang sangat besar terpaksa dikeluarkan untuk mencapai matlamat tersebut. Tapi, dari kita membazirkan duit rakyat untuk pembangunan material semata-mata, adalah lebih elok penulis rasakan supaya duit dilaburkan untuk pembangunan sumber manusia didahulukan. Ini kerana sumber-sumber sebeginilah ia menjadi aset penting dalam mencorak kemajuan negara pada masa akan datang. Sudah berbilion-bilion ringgit yang telah kita keluarkan tetapi kita mesti memastikan perbelanjaan tersebut benar-benar setimpal dan memberikan pulangan hasil yang baik atau tidak. Sesuailah dengan slogan yang dicanangkan oleh Perdana Menteri kita, Satu Malaysia: Rakyat Didahulukan, Prestasi di utamakan.
Justeru, penulis berasakan adalah kurang wajar bahasa Inggeris diwajibkan dalam SPM kerana pembangunan bahasa Inggeris yang menyeluruh dalam pendidikan di sekolah masih lagi berada ditakuk lama. Maka, adalah perlu para cendiakwan serta pakar-pakar bahasa Inggeris untuk kaji semula bagaimana langkah yang berkesan dalam PNP. Disamping itu juga, mahasiswa pendidik perlu juga supaya tidak memandangkan enteng tentang keperluan yang sedang mendesak ketika ini.

Advertisements

About Mohd Muaz bin Abd Hamid

Aku diberikan nama oleh ibu bapa ku Mohd Muaz bin Abd. Hamid. Aku dilahirkan pada tanggal 15 April 1987 di Hopital Besar Segamat, Johor. Mendapat Peringkat Awal Kanak-kanak di PASTI di Taman Sri Serting.. Peringkat Sekolah Rendah di SK Bandar Baru Serting, SK Jempol, SK Palong 14 (F).. Peringkat Sekolah Menengah di SMKA Sheikh Haji Mohd Said, Seremban.. Peringkat IPTA... Diploma Tahfiz wa Dakwah, Darul Quran, JAKIM.. Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam, Universiti Pendidikan Sultan Idris..
This entry was posted in Pandangan Umum. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s