SPM 10 Subjek bermula tahun 2012: Apakah nasib pelajar dari sekolah aliran agama?


Perancangan untuk menghadkan hanya 10 subjek sahaja yang boleh diambil dalam peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia ini telah diutarakan oleh Tan Sri Muhyiddian Yasin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Pelajaran Malaysia. Isu ini telah ditimbulkan oleh YB Mahfuz Omar yang mempersoalkan tentang nasib pelajar sekolah aliran agama. 

Penulis berpandangan, cadangan tersebut itu baik kerana ia boleh meningkat prestasi akademik pelajar. Disamping itu, guru di sekolah dapat memberikan tumpuan yang lebih terhadap pelajarnya akibat kesan daripada dengan pengurangan subjek ini. Tetapi, bagaimana dengan nasib pelajar menengah atas aliran agama yang sememangnya mengambil banyak subjek. Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan Sejarah, Fizik, Kimia, Biologi, Bahasa Arab Tinggi, Pendidikan Syariah Islamiah, Pendidikan al Quran dan Sunnah, English for Science and Technology dan berbelas-belas subjek lagi…?

Dari situ, penulis merasakan perlunya  subjek elektif ditentukan bermula di tingkatan 4 lagi seperti yang diaturkan sewaktu kemasukan ke matrikulasi iaitu sains fizikal dan sains hayat. Pelajar boleh memilih gabungan subjek Fizik+Kimia (Sains Fizikal ) atau Biologi + Kimia (Sains Hayat). Manakala subjek teras bagi aliran agama seperti PQS, PSI, B. Arab dikekalkan kerana ia menjadi identiti pelajar aliran agama.

Mungkin ada baiknya cadangan ini dilaksanakan kerana tidak semestinya semua subjek sains tulen tersebut diminati keseluruhannya. Namun, pengfokusan itu lebih penting kerana ia dapat memberikan impak yang maksma dalam suasana pembelajaran disekolah. Mungkin juga ada dikalangan pembaca sekalian tidak bersetuju dengan cadangan penulis kerana terdapat cadangan yang lebih baik lagi. 

Akhir sekali, jadilah pembaca serta rakyat yang bijak sini dan sana. Kita menilai serta mendapatkan pandangan orang yang ahlinya (yang berada dalam bidangnya) terhadap sesuatu sebelum kita membuat keputusan untuk bersutuju atau pun tidak.

Wallahua’lam 

Advertisements

About Mohd Muaz bin Abd Hamid

Aku diberikan nama oleh ibu bapa ku Mohd Muaz bin Abd. Hamid. Aku dilahirkan pada tanggal 15 April 1987 di Hopital Besar Segamat, Johor. Mendapat Peringkat Awal Kanak-kanak di PASTI di Taman Sri Serting.. Peringkat Sekolah Rendah di SK Bandar Baru Serting, SK Jempol, SK Palong 14 (F).. Peringkat Sekolah Menengah di SMKA Sheikh Haji Mohd Said, Seremban.. Peringkat IPTA... Diploma Tahfiz wa Dakwah, Darul Quran, JAKIM.. Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam, Universiti Pendidikan Sultan Idris..
This entry was posted in Pandangan Umum. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s