…… Ramadhan Yang Sama, Natijah Yang Berbeza ?… volume 1


P4273933

Penulis ada bertanya kepada seorang sahabat sekelas di UPSI:

“ Apa yang anta faham tentang Ramadhan yang sama, natijah yang berbeza? Maksudnya adalah  kita memenuhkan masa kita dibulan Ramadhan dengan amalan  dan kita peroleh kesan yang baik daripada tarbiyah bulan Ramadhan kepada kita… “

Buat pengetahuan pembaca, penulis pertama kali  terdengar frasa kata di atas tersebut sejak mula menuntut di Darul Quran pada tahun 2005 hingga 2008. Frasa ayat di atas cukup sinonim dengan pelajar tahfiz al Quran di sana pada waktu itu.

Pada mula, penulis tidak memahami keseluruhan frasa ayat tersebut. Tetapi lama kelamaan, penulis baru mengerti apa sebenarnya yang ada disebalik frasa ini.

Setiap tahun, kita sebagai Muslim akan menyambut kedatangan bulan yang penuh rahmat dan barakah ini. Bulan di mana syaitan di rantai dan dibelenggu dari manusia supaya manusia mudah melakukan amal ibadah di bulan puasa. Sudah pasti, di bulan puasa, kita akan berpuasa di siang hari dan bertarawikh di malam hari, memperbanyakkan bacaan al Quran, memperbanyakkan sedekah, berzikir serta memuji kebesaran Allah. Apa pun, perlu diingatkan bahawa nafsu yang tidak terbelenggu di dalam tubuh badan manusia. Nafsu yang berada dalam badan manusia telah ditarbiyah oleh kesosialan manusia selama 11 bulan.  Apakah kita bersedia untuk hadapi Ramadhan yang bakal menjelma beberapa hari lagi….  ?

 

 

Advertisements

About Mohd Muaz bin Abd Hamid

Aku diberikan nama oleh ibu bapa ku Mohd Muaz bin Abd. Hamid. Aku dilahirkan pada tanggal 15 April 1987 di Hopital Besar Segamat, Johor. Mendapat Peringkat Awal Kanak-kanak di PASTI di Taman Sri Serting.. Peringkat Sekolah Rendah di SK Bandar Baru Serting, SK Jempol, SK Palong 14 (F).. Peringkat Sekolah Menengah di SMKA Sheikh Haji Mohd Said, Seremban.. Peringkat IPTA... Diploma Tahfiz wa Dakwah, Darul Quran, JAKIM.. Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam, Universiti Pendidikan Sultan Idris..
This entry was posted in Muhasabah Diri. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s