Inspirasi Pendidik: Filem Laskar Pelangi… Part 1


Baru-baru ini, penulis telah berkesempatan untuk menghadiri satu diskusi filem. Pada mulanya, penulis tidaklah mengetahui lebih lanjut  tentang filem tersebut iaitu Laskar Pelangi, sebuah filem yang diarahkan oleh pengarah filem Indonesia iaitu … Filem ini adalah adaptasi dari sebuah novel iaitu Laskar Pelangi yang ditulis oleh Andrea Hirata.. Antara panel yang hadir untuk mendiskusikan mengenai filem ini adalah Prof Zakaria bin Ali, pensyarah di UPSI sendiri dan gandingan beliau ialah anak didiknya sendiri iaitu Prof Madya Abu Hassan Hasbullah, yang selalu ke udara dalam rancangan televisyen Analisis Astro Awani, Hujah TV9 dan banyak lagi.

 

                  Bersama Prof Abu Hassan Hasbullah                                   Bersama Prof Zakaria Ali

Ironiknya, filem ini mengisahkan tentang seorang guru yang mendidik anak muridnya yang hanya seramai 10 orang sahaja. Guru tersebut terpaksa menghadapi pelbagai rintangan, kerenah anak muridnya, kesempitan hidup, serta kedhaifan bangunan sekolah iaitu SD Muhammadiyah yang terletak di salah sebuah pulau di Indonesia. Natijahnya, guru tersebut berjaya melahirkan anak muridnya yang bijak pandai, ahli negarawan serta tokoh pemimpin negara yang terkemuka.  

Komentar dari Prof Abu Hassan mengatakan bahawa, filem ini adalah filem yang terbaik, sangat istimewa, dan mempunyai ketulinan seperti yang terkandung dalam novel asalnya iaitu Laskar Pelangi. Tambah beliau lagi, watak-watak serta scene-scene dalam filem ini sangat original, lakonan yang realilistik, serta berlatarbelakangkan  suasana persiktaran penggambaran filem yang sebenarnya. Di samping itu, ia mengekalkan ciri-ciri asal seperti dalam novel tersebut.… Impaknya, ia telah diangkat filem terbaik di Indonesia kerana ia sangat mempengaruhi para guru, pendidik dan ibu bapa supaya bersungguh untuk mendidik serta menabur bakti pada anak bangsa sendiri…

  

Advertisements

About Mohd Muaz bin Abd Hamid

Aku diberikan nama oleh ibu bapa ku Mohd Muaz bin Abd. Hamid. Aku dilahirkan pada tanggal 15 April 1987 di Hopital Besar Segamat, Johor. Mendapat Peringkat Awal Kanak-kanak di PASTI di Taman Sri Serting.. Peringkat Sekolah Rendah di SK Bandar Baru Serting, SK Jempol, SK Palong 14 (F).. Peringkat Sekolah Menengah di SMKA Sheikh Haji Mohd Said, Seremban.. Peringkat IPTA... Diploma Tahfiz wa Dakwah, Darul Quran, JAKIM.. Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam, Universiti Pendidikan Sultan Idris..
This entry was posted in Pandangan Umum. Bookmark the permalink.

9 Responses to Inspirasi Pendidik: Filem Laskar Pelangi… Part 1

  1. mujahideen says:

    salam…boleh tanya skit. mana gambar moderatornya? kesian kat dia…huhuhu

    • Mohd Muaz bin Abd Hamid says:

      Salam… Moderator entah hilang ke mane time amik gambar tu… Kalau ade, memang masukkan sekali la gambar moderator… hehe

  2. anak murid says:

    wah…satu anjakan paradigma yg begitu membanggakan.teruskan mujahadah ustaz..semoga ust terus suksessssss..insya-allah..

  3. MarBu says:

    laskar pelangi.. filem yg sungguh bermutu tinggi…

  4. jejaka misteri says:

    ha’ah xd gmbar moderator la…nak tahu gk spe moderatornye…mesti hensem kn…

    • Mohd Muaz bin Abd Hamid says:

      Mestilah hensem… sekali tengok, boleh terputus jari la bagi mereka-mereka yang sedang menghiris bawang… hehe

  5. wasiatulnil says:

    salam ust, ana da tengok cite laskar pelangi tu…sungguh menyentuh hati n penuh dgn aspek nilai2 murni dan semestinya filem ini tidak seperti kebanyakan filem yg hanya mementingkan hiburan..ana rasa kagum,mcm mana ust boleh terlibat sama dalam filem ni..bukan ke filem ni filem dari indonesia?

    • Mohd Muaz bin Abd Hamid says:

      Sebelum nie, ade ikuti program Diskusi Filem di UPSI… panelnya Prof Abu Hassan Hasbullah dan Prof Zakaria Ali… mmg ia filem dr Indonesia… Ia merupakan filem yang berjaya mengadaptasikan keseluruhan plot cerita dlm novel Laskar Pelangi tanpa ade sedikit pengurangan sebrang unsur untuk mengekalkan keaslian serta ke’original’an filem tersebut… Segala komen yg ditulis dlm blog ana ttg filem nie semua berdasarkan dengan apa yang telah diulas oleh kedua2 prof tersebut…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s