Adakah unit bimbingan dan kaunseling masih lagi relevan di sekolah pada hari ini?… Part 1


Contoh Gambar Sesi Kaunseling

Hipotesis awal dari pemerhatian serta pengamatan penulis mengatakan bahawa, unit bimbingan dan kaunseling masih belum mampu untuk membina sahsiah pelajar yang semakin teruk pada hari ini. Penulis melihat ia hanya mampu melorongkan pelajar untuk membina kerjaya masa depan pelajar tetapi tidak dalam soal pembentukan sahsiah.  Kita boleh lihat, bagaimana teruknya sahsiah pelajar di sekolah baik di bandar atau pun di luar bandar. Justeru, adakah kaunseling berperanan dalam soal pembentukan sahsiah pelajar?

Penulis tidak berniat untuk memandang rendah apa yang telah pihak kaunseling laksanakan di sekolah. Itu merupakan salah satu usaha murni untuk memastikan keberlangsungan modal insan negara bagi menjamin sumber manusia negara kita hari ini stabil. Malah dapat membantu menjana pelbagai aspek pentadbiran negara di masa kelak. 

Sebagai contoh seperti dalam bidang kedoktoran, pembinaan infrastruktur, pengurusan pentadbiran, akauntan, perundangan dan banyak lagi. Tetapi persoalannya ialah berapa ramai produk-produk kelahiran daripada hasil lorongan ini bersahsiah tinggi, berperibadi mulia, yang dapat menjadi agen perubahan dalam kehidupan masyrakat hari ini supaya menjadi hasrat untuk membina sebuah masyarakat madani yang Muslim tercapai? Hingga hari ini, tidak ada data yang dijumpai oleh penulis berkaitan persoalan berkenaan. (jika ada, maklumkan pada penulis yer)

Penulis merasakan, metodologi kaunseling perlu diubah di sekolah pada hari ini. Terlalu banyak teori-teori barat yang telah dihasil dan diaplikasikan tetapi masih lagi belum mampu menangani masalah social pelajar dan masyarakat. Mungkin sudah tiba masanya untuk beralih angin untuk mengaplikasikan sepenuhnya teori-teori dari cendikiawan dan tokoh-tokoh ilmuwanIslam.

Masih adakah lagi jalan alternatif yang mampu menggantikan peranan ini?

“Jika angin tidak bertiup, masakan pokok boleh bergoyang?”

Advertisements

About Mohd Muaz bin Abd Hamid

Aku diberikan nama oleh ibu bapa ku Mohd Muaz bin Abd. Hamid. Aku dilahirkan pada tanggal 15 April 1987 di Hopital Besar Segamat, Johor. Mendapat Peringkat Awal Kanak-kanak di PASTI di Taman Sri Serting.. Peringkat Sekolah Rendah di SK Bandar Baru Serting, SK Jempol, SK Palong 14 (F).. Peringkat Sekolah Menengah di SMKA Sheikh Haji Mohd Said, Seremban.. Peringkat IPTA... Diploma Tahfiz wa Dakwah, Darul Quran, JAKIM.. Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam, Universiti Pendidikan Sultan Idris..
This entry was posted in Pandangan Umum. Bookmark the permalink.

4 Responses to Adakah unit bimbingan dan kaunseling masih lagi relevan di sekolah pada hari ini?… Part 1

  1. amierwan says:

    unit kaunseling masih relevan dan diperlukan di sekolah. sebagai satu entiti yg mempunyai ‘outsourcing’ atau kabel luaran tersendiri, unit kaunseling ni mainkan peranan penting utk tambah nilai kualiti dan asertif pelajar.

    jika BADAR di sekolah berperanan membentuk akhlak dan peribadi pelajar secara, maka unit kaunseling pula menjadi rujukan para pelajar yg menghadapi masalah yg lebih kompleks atau mungkin lebih privasi.

    pelajar tidak mungkin meluahkan masalah dalaman mereka kepada BADAR kerana ia bukan badan konsultasi. Jadi kaunselor lebih dekat dengan pelajar utk mendengar masalah2 ini di sekolah.

    adalah lebih baik lagi sekiranya kaunselor ini terdiri daripada guru2 yang berfikrah Islami!

  2. assalamualaikum. pada pandangan dhaif ana. unit kaunseling masih diperlukan. dan ana cukup bersetuju dengan harapan amierwan, adalah tersangat baik sekiranya guru2 kaunseling ini terdiri daripada mereka yg berfikrah Islami.

    Ana melihat kaunseling ini ibarat satu platform luar untuk menerapkan kefahaman dan bimbingan Islam kepada para pelajar.

    Subjek Pendidikan Islam dan seumpamanya merupaka core kepada pembentukan peribadi Islam namun dari satu sudut tidak ramai yg berani mendekati golongan para ustazah dan ustazah, maka golongan ini diambil alih peranan mendidik mereka oleh para kaunselor. Different person but same hadaf.

    Cth dunia luar skrg, kaunselor ibarat sebagai NGO islamik yang bergerak dalam membawa masyarakat kepada Islam, sasaran mereka sedikit berbeda. Wallahualam

    TG Abd Ghafar Tg Ahmad

  3. Madihah says:

    Salam…sy tertarik dengan tajuk ini…
    Izinkan sy berkongsi pndapt dan pendapat sy mengatakan unit bimbingan dan kaunseling teramatlah relevan dan perlu diteruskan di sekolah sbb mngikut logiknya,manusia tidak mampu menyelesaikan masalah sendirian.Mereka pelukan pendengar,tak kiralah dalam organisasi apa pun. Di sekolah, unit kaunseling memainkan peranan sbg pendengar dan pembantu…

    Secara jujurnya,unit kaunseling tidak bersalah dalam hal ini, yang menjadi persoalan di sini adalah golongan kaunselor itu sendiri…Adakalnya kaunselor tidak amanah dalam memegang amanah yang diberikan oleh pelajar. Oleh itu, saya setuju dgn Amierwan yang guru2 @ kaunselor itu perlu berfikrah Islami dan insani…

    Tapi, tidak juga menyalahkan kaunselor seratus-peratus.Semua perlu memainkan peranan masing-masing, tidak kiralah guru sains ke, agama ke, kaunseling ke…semua kena bersatu. Kan berjemaah lebih baik dari bersendirian…Wallhua’lam…

  4. AngiNdbawaBAYU says:

    Assalamualaikum , saya dapat rasakan semua respons2 diatas adalah dari golongan yang berpengetahuan tinggi jika dibandingkan dengan saya yang hanya mempunyai sejengkal jari ilmu pe dan terlalu muda untuk memberi pendapat.Saya sangat setuju dengan semua pendapat yang diluahkan oleh abg dan akak,tetapi pada pendapat saya,kita tidak perlulah berfikiran berat sebelah (maafkan saya) berkaitan dengan “kaunselor perlulah berfikrah islami”.Kita sekarang berada disebuah negara yang mempunyai masyarakat yang berbilang kaum dan agama.Berbalik kepada tajuk kita,saya percaya hampir semua sekolah-sekolah di negara kita mempunyai 35 hingga 55% pelajar non-muslim kecuali sekolah2 agama.Jika semua kaunselor adalah islami,adakah ini dapat meningkatkan lagi kepercayaan kita terhadap kemampuan kaunseling dan psikologi di sekolah atau di IPT?,bagi sesetengah orang “ya”.Memang benar sekiranya kaunselor berfikrah islami dapat memimbing golongan muda islam kearah mewujudkan insan yang berkeperibadian yang cemerlang,dan sememangnya fakta ini tidak dapat dinafikan lagi,Islam itu sangat hebat dan keagungannya sangat tinggi dan semua muslimin dan muslimah termasuk saya menjadi sangat bangga kerana berpeluang menjadi muslimin dan muslimah dimuka bumi yang hanya bersifat sementara ini.Tetapi persoalannya,adakah “itu” dapat menarik perhatian pelajar non-muslim sekiranya kaunselor yang berfikrah islami menerapkan nilai-nilai Islam keatas diri mereka?.Hal ini tidak menjadi satu masalah kepada pelajar muslim tetapi menjadi masalah atau satu titik “kehairanan” kepada pelajar non-muslim,hal ini kerana mereka juga mempunyai agama dan kepercayaan kepada agama mereka yang juga mempunyai objektif yang sama dengan Islam iaitu melahirkan individu atau kelompok yang berkeperibadian tinggi dan menjauhkan diri daripada melakukan perkara yang dapat memberi impak yang buruk kepada individu atau kelompok tersebut (saya percaya semua agama mengajar penganutnya supaya bersikap baik….yang membezakan kita “pemikiran yang tidak sepatutnya”).Jadi saya percaya tidak ramai pelajar yang akan memberi kerjasama dan sokongan kepada kaunselor yang berfikrah islami khususnya pelajar non-muslim.Tetapi sangat sesuai dengan pelajar muslim agar terus berusaha meningkatkan jati diri dan kehormatan diri untuk membina satu empayar yang besar dan tertinggi Islam yang dipenuhi dengan muslimin dan muslimah yang berkeperibadian cemerlang,gemilang dan terbilang disamping berusaha mendapatkan keredhaan Allah S.W.T.

    Pada pendapat saya,setiap sekolah dan IPT di Malaysia perlulah menyediakan kaunselor muslim untuk membimbing pelajar-pelajar muslim dan kaunselor non-muslim untuk membimbing pelajar-pelajar non muslim.Cara ini lebih sesuai dengan keadaan di negara kita yang mempunyai masyarakat majmuk.

    Tetapi saya juga bersetuju sekiranya pelajar-pelajar muslim atau sebaliknya dapat memberi kerjasama kepada kaunselor tanpa mengira bangsa dan agama kaunselor tersebut.

    Tanpa kerjasama pelajar,proses kaunseling dan bimbingan tidak akan berjaya kerana hanya pelajar yang mempunyai kekuatan untuk berubah menjadi yang lebih baik,proses kaunseling hanya bertujuan “membantu untuk menyakinkan klien untuk berubah kepada yang lebih baik untuk mencapai kesejahteraan hiduo di dunia dan di akhirat..InsyaAllah”.

    Saya hanya menyatakan pendapat saya^^

    TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA walaupun pendapat saya ini mungkin tidak dapat diterima.SAYA BUDAK BARU BELAJAR dan perlukan bimbingan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s