Adakah unit bimbingan dan kaunseling masih lagi relevan di sekolah pada hari ini?… Part 2


Setelah meneliti komen-komen dari pembaca untuk isu ini, sememangnya kita tidak boleh menyalahkan kepada unit bimbingan dan kaunseling semata-mata. Ini kerana, berdasarkan dari respon pembaca, ia merupakan platform luar yang boleh digunakan untuk mendekati permasalahan pelajar di sekolah..

Bagi penulis, yang menjadikan unit bimbingan dan kaunseling itu relevan atau tidak pada hari ini terletak kepada kebijaksanaan batang tubuh diri kaunselor itu sendiri. Kaunselor bukan hanya mengadakan sesi kaunseling individu @ kelompok semata-mata tetapi persoalannya ialah  sejauh manakah seorang kaunselor itu boleh merencanakan agenda pembentukan sahsiah pelajar di sekolah yang akhirnya berjaya menghasilkan produk-produk pelajar yang berguna untuk agama, bangsa dan negara?

Inilah yang menjadi kupasan utama bagi penulis kerana setakat saban tahun, berbagai aktiviti yang dijalankan oleh seorang kaunselor melalui unit bimbingan dan kaunseling tetapi masih kurang mendatangkan impak yang berkesan kepada pelajar terutama dalam soal pembentukan sahsiah pelajar. Ini bukan suatu perkara yang mudah bagi penulis untuk merencanakannya kerana ia memerlukan sokongan daripada semua pihak tetapi, sejauh manakah kaunselor mengambil kesempatan bersama-sama guru-guru yang lain terutama guru-guru pengajian Islam atau guru yang berpengalaman untuk mencapai perkara tersebut?

Penulis lebih gemar perkara ini dibincangkan dalam konteks pelaksanaan dan keadaan realiti pelajar di sekolah hari ini kerana ia sedikit sebanyak dapat menyumbang buah fikiran yang baru kepada bakal-bakal kaunselor di sekolah nanti.

Apa yang pasti bagi penulis, untuk memastikan unit bimbingan dan kaunseling terus relevan dan diterima di sekolah hingga ke hari ini, satu metod serta pendekatan yang baru dan bersifat  semasa perlu difikirkan bersama supaya usaha membentuk sahsiah pelajar di sekolah tercapai. Ini kerana, perwatakan pelajar hari ini tidak sama seperti pelajar dahulu. Penulis merasakan, perlunya mekanisme baru dirangka bersama oleh kaunselor serta guru-guru lain terlibat merealisasikan perkara ini, tetapi apakah dia mekanisme tersebut?

Kalau dahulu, pelajar tidak berani untuk membuli, menghina, melawan kata guru tetapi hari ini, telah timbul kes pelajar membuli guru, melawan guru, menghina guru dan banyak lagi kes-kes salah laku pelajar yang masih tidak dapat dibendung lagi.

“Tepuk dada, tanyalah iman”

Advertisements

About Mohd Muaz bin Abd Hamid

Aku diberikan nama oleh ibu bapa ku Mohd Muaz bin Abd. Hamid. Aku dilahirkan pada tanggal 15 April 1987 di Hopital Besar Segamat, Johor. Mendapat Peringkat Awal Kanak-kanak di PASTI di Taman Sri Serting.. Peringkat Sekolah Rendah di SK Bandar Baru Serting, SK Jempol, SK Palong 14 (F).. Peringkat Sekolah Menengah di SMKA Sheikh Haji Mohd Said, Seremban.. Peringkat IPTA... Diploma Tahfiz wa Dakwah, Darul Quran, JAKIM.. Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam, Universiti Pendidikan Sultan Idris..
This entry was posted in Pandangan Peribadi. Bookmark the permalink.

3 Responses to Adakah unit bimbingan dan kaunseling masih lagi relevan di sekolah pada hari ini?… Part 2

  1. Madihah89 says:

    Sukar rasanya untuk memikirkan metod yang benar-benar berkesan untuk menjadikan unit kaunseling terus relevan di organisasi sekolah. Namun,setiap masalah pasti ada penyelesaiannya.Oleh itu, seharusya kita berbalik kepada fitrah beragama,memang sesuatu yang pasti Islam merupakan agama yang syumul.Dan sebenarnya perkataan kaunseling itu sendiri di bawah salah satu cabang agama Islam.Mengapa saya kata begini?kita lihat,kaunseling dan da’wah sebenarnya di bawah bidang yang sama.Kaunselor dan da’i juga tugasnya sama,mengajak kepada kebaikan,membimbing kepada kebenaran dan menjauhi kemungkaran.

    Oleh itu,Contoh terbaik dalam dunia penda’wahan untuk dijadikan idola di sini ialah nabi kita sendiri,Nabi Muhammad S.A.W.Dalam berdakwah,nabi kita mengamalkan sikap berhikmah.Rasanya tidak perlulah saya menjelaskan panjang lebar apa yang dimaksudkan dengan berhikmah itu.Pasti kebanyakan antara kita tahu akannya cuma kadang2 kita terkhilaf dalam melaksanakannya.

    Keduanya, Rasulullah tidak menghadapi musuhnya tanpa perancangan. Rasulullah sentiasa merancang dan berstrategi dalam berda’wah mahupun berperang. Pokoknya di sini saya juga ingin menjelaskan bahawa perancangan yang baik dan sempurna penting untuk membuahkan sesuatu yang baik. Aturkanlah sebaik-baik strategi untuk berdepan dengan pelajar-pelajar yang sememangnya manusia biasa yang tidak bisa lari dari kesilapan.

    Ketiga, bermusyawarahlah dalam mencari kata sepakat. Sesungguhnya,kaunselor juga manusia biasa dan pastinya tidak bisa menanggung beban sendirian.Oleh itu, seluruh organisasi sekolah perlu ‘take part’ dan bermusyawarah dalam menangani segala masalah yang dihadapi.Sesungguhnya bekerja secara berjemaah pasti membuahkan hasil yang lebih baik dari bekerja secara individual.Sekadar berkongsi pendapat…Wallahua’lam…

  2. Akmal Hakim says:

    Betul tu akhi,

    Saya pernah dengar tentang apa yang akh maksudkan ni dalam ceramah salah seorang deputy dean UIA;

    “I can’t teach you. My generation and your generation is different”

    Maknanya di sini, kadang-kadang pendekatan yang kita nak alami berbeza dengan pemikiran generasi baru hari ini. Dengan kerenah, nakal, perangai dan sebagainya semua berbeza.

    Macam dulu, kalau nak menegur dengan ‘ekstrim’ itu perkara biasa, tapi kalau hari ini, anak-anak muda makin kuat melawan kan..

    Hm.

    Maka pada saya satu cara di sini bukanlah kita mengubah terus tindak tanduk sebagai seorang pengajar atau kaunselor. Berhenti sebentar, berfikir, selami dunia remaja hari ini, dan gunakanlah pendekatan yang terbaik~

    huh~

  3. salam sejahtera kepada semua..sebelum soal kerelevanan unit bimbingan kaunseling sekolah dibicarakan, elok kita murnikan persepsi tentang khidmat bimbingan dan kaunseling itu terlebih dahulu..perkhidmatan bimbingan kaunseling bukan untuk kepada individu atau kelompok atau situasi yang bermasalah semata-mata namun ia terbuka kepada semua perkara dan isu sama ada melibatkan masalah atau pun tidak…jika dalam kontek tiada masalah,khidmat bimbingan dan kaunseling amat perlu dalam tujuan mencungkil dan membentuk potensi atau bakat atau kecenderungan atau membuka celik akal kepada kehidupan inidividu agar mereka lebih memahami diri mereka secara luaran dan lebih lagi dalaman..jika persepsi ini dapat diambil kira dalam tujuan khidmat bimbingan dan kaunseling, maka ia akan menjawab sama ada unit bimbingan kaunseling relevan atau tidak di sekolah dan seterusnya ia menjawab bagaimanakah method untuk memperkembang-giatkan lagi perkhidmatan bimbingan dan kaunseling tersebut..kesimpulannya persepsi tujuan khidmat bimbingan kaunseling itu secara menyeluruh kepada masalah atau pun tidak masalah akan menjadi titik tolak kepada usaha memperluaskan lagi mutu khidmat bimbingan kaunseling di sekolah. Sekian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s