Adakah unit bimbingan dan kaunseling masih lagi releven di sekolah pada hari ini?….. Part 3


Penulis mengucapkan jutaan terima kasih kepada pemberi-pemberi respon terhadap isu ini. Banyak input-input serta pandangan dari sudut pandang yang berbeza berkaitan isu ini. Pandangan dari pemikirsarjana ada juga relevennya kerana ia dapat menjana pelajar yang tidak bermasalah untuk menjadi lebih baik dan berwawasan. Ia berdasarkan konteks serta situasi yang diutarakan beliau.

Namun, fokus utama yang penulis merasakan sangat-sangat penting untuk dibincangkan bersama ialah permasalahan yang berkaitan pembentukan  sahsiah diri pelajar disekolah. Ini keran, jika pelajar di bentuk serta diacu dengan baik di sekolah, maka ia member sedikit sebanyak asas pegangan serta jati diri pelajar untuk menghadapi transisi perubahan remaja kea lam dewasa. Penulis  melihat, suasana pendidikan di sekolah pada hari ini terlalu banyak masalah khususnya yang melibatkan soal pembinaan sahsiah pelajar itu sendiri. Contohnya ialah kajian yang telah dibuat oleh  UKM di salah sebuah sekolah terhadap 100 orang pelajar perempuan. Hasil kejadian menunjukkan hanya sebilangan kecil sahaja pelajar perempuan yang masih tidak pernah melakukan hubungan seks.

Berdasarkan fakta ini, penulis merasakan cukup bimbang terhadap masa depan anak-anak bangsa akan datang. Jika masalah ini tidak ada usaha penyelesaiannya, maka untuk menjamin soal keselamatan anak-anak akan datang.

Persoalannya, adakah unit bimbingan dan kaunseling di sekolah pada hari ini mampu untuk menghadapi contoh permasalahan pelajar sebegini dengan modus operandi yang telah sedia ada digunakan? Adakah modus operandi unit bimbingan dan kaunseling pada hari ini perlu dimurnikan dan diubah suai?

Penulis merasakan inilah yang perlu dibahaskan sedalam-dalamnya bagi panduan mahasiswa pendidik pada hari ini…

Advertisements

About Mohd Muaz bin Abd Hamid

Aku diberikan nama oleh ibu bapa ku Mohd Muaz bin Abd. Hamid. Aku dilahirkan pada tanggal 15 April 1987 di Hopital Besar Segamat, Johor. Mendapat Peringkat Awal Kanak-kanak di PASTI di Taman Sri Serting.. Peringkat Sekolah Rendah di SK Bandar Baru Serting, SK Jempol, SK Palong 14 (F).. Peringkat Sekolah Menengah di SMKA Sheikh Haji Mohd Said, Seremban.. Peringkat IPTA... Diploma Tahfiz wa Dakwah, Darul Quran, JAKIM.. Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam, Universiti Pendidikan Sultan Idris..
This entry was posted in Pandangan Umum. Bookmark the permalink.

21 Responses to Adakah unit bimbingan dan kaunseling masih lagi releven di sekolah pada hari ini?….. Part 3

  1. Kalau ingin dibahaskan persoalan ini sedalam-dalamnya, kita perlu berada dalam konteks sebenar persekolah, bilamana seorang mahasiswa yg waktunya memang berada dalam perspektif idealisme dan penuh dengan idea konsep perbahasan intelektual sama ada melalui pengetahuan sedia ada mahasiswa tersebut mahu pun melalui hasil kajian yang dilakukan mahasiswa itu,ia masih lagi berada pada tahap apungan teori. Secara mudah faham ia masih lagi berada dalam ruang lingkup konsep dan teori yang belum dapat dibuktikan secara realiti terhadap situasi sebenar. Perbincangan berlegar di sekitar ruang lingkup perbahasan intelek dunia mahasiswa itu. Sebab itu kedapatan orang mengatakan teori tidak sama dengan praktikal. Bilamana mahasiswa itu sudah berada di alam kerjaya, barulah ia dapat menilai apa sebenar yang dibahaskan itu dapat diimplementasikan secara nyata atau hanya sekadar peta konsep yang hanya dibahaskan dalam dunia keintelektualan semata-mata. Justeru ada baiknya perbahasan ini meliputi kepada pendidik di luar sana yang sudah melalui realiti persoalan yang sedang dibincangkan ini. Lebih-lebih lagu khusus kepada guru bimbingan kaunseling.

  2. skdr pndgn.. bagi ana, abg perlu mlhat dari sudut yang lain lagi. hanya tertmpu pada ssetgh skop, tidak menjamin penyelesaian…

  3. pemikirsarjana says:

    sebelum merungkai persoalan yg lebih besar,ada wajarnya kita melihat kepada asasnya terlebih dahulu..sebagai panduan, cuba lihat buku rekod guru bimbingan kaunseling sekolah dalam ruangan bidang tugas guru bimbingan kaunseling…disenaraikan 25 tugas asasi guru bimbingan kaunseling

  4. Akmal Hakim says:

    Salam abg Muaz,

    Ada satu persoalan yang sering berlegar-legar di fikiran saya tidak terjawab sehingga hari ini, manalah tau abg tau jawapannya ke..

    Tak silap tahun 2006 subjek pelajaran sivik muncul bagi pelajar tingkatan 1-3. Saya tertanya-tanya kenapa subjek ini muncul tiba-tiba ya? Apa signifikannya? Manalah tau abg ada jawapannya, bolehlah berkongsi~

  5. pemikirsarjana says:

    kesimpulannya : memang unit kaunseling mesti ada utk setiap sekolah sebagaimana unit sukan sekolah, unit buku teks sekolah, badan disiplin sekolah…program yg dilaksanakan oleh unit kaunseling pula adalah bersandarkan kepada bidang tugas yg telah ditetapkan (rujuk pada senarai bidang tugas guru bimbingan kaunseling dlm buku rekod warna ungu muda yg digunakan oleh guru bimbingan kaunseling di sekolah ) serta program dan aktiviti yg diarahkan oleh PPD mahu pun JPN masing2. Secara ringkas kata, program dan aktiviti yg telah disediakan itu sebenarnya telah membantu perkembangan manusia dan menjadi penyelesaian masalah kepada gejala sosial dan masyarakat hari ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Dalam masa yg sama, program seumpamanya juga boleh dilakukan jika guru kaunseling serta unitnya dan dibantu dgn sumbangan dari sekolah dan ibu bapa bekerjasama utk membina aktiviti yg dapat mengurangkan gejala sosial amnya dan masalah murid serta masyarakat khasnya.. Jikalau tidak berpuas hati dgn bidang tugas yg telah diberikan kepada guru bimbingan kaunseling ( rasanya tidak dapat membantu lagi selesaikan masalah sosial masyarakat ) maka eloklah guru bimbingan kaunseling itu membuka pusat konsultan sendiri yg menguruskan aktiviti dan program bagi mengatasi masalah sosial sama ada secara sambilan mahu pun sepenuh masa. Jika ada persoalan lain lagi, boleh diajukan kepada pemikirsarjana@yahoo.com , sekian wassalam

  6. ummu 'alia says:

    bagi ana, unit bimbingan kaunseling tidak boleh dipersalahkan 100% dalam soal masalah sahsiah pelajar kerana jika di sekolah, peranan untuk membentuk sahsiah dan keperibadian mulia semua pelajar adalah t/jawab semua guru. walaupun seorang guru itu mengajar subjek matematik sbg contoh, beliau tetap perlu menerapkan unsur-unsur nilai murni yang positif dalam diri pelajar2nya. perkara ini tidak boleh dipandang enteng oleh guru-guru apatah lagi dewasa ini pelbagai masalah sosial, disiplin, devians dan delikuens dikalangan pelajar makin hebat diperkatakan. guru2 perlu mengambil cakna hal ini. untuk unit bimbingan kaunseling, ia perlu mempergiatkan program2 dari sudut ke arah penyempurnaan sahsiah pelajar. dan untuk kaunselor, walaupun rujukan hampir 100% teori2 kaunseling barat digunakan dalam setiap sesi, namun kita tetap perlu mengadaptasikannya mengikut acuan Islam yang sebenarnya dan sesuai dengan cara hidup orang timur itu sendiri. untuk memudahkan kaunselor lagi, mungkin boleh menelaah kitab ihya’ ulumuddin. kedtangan imam al-ghazali telah melakukan anjakan paradigma bertepatan melihat kaunseling dari perspektif islam. teori kaunseling al-ghazali muncul dan ia adalah berasaskan sifat-sifat manusia amat sesuai skali pendekatan ini digunakan kepada pelajar sekolah insya allah.

  7. mamashaukianis says:

    salam satu malaysia wat sume…ana tak nak ckp panjang ttg isu ini, sana sini kaunselor sek dipersalahkan walhal dalam hal kecik. kerja kaunselor tak kenal erti penat & boring, setiap bidang disekolah kaunselor akan terlibat secara langsung. skrg we all tengah fight buat prog pasca pmr. sebulan lebih jadi baby sitter untuk budak2 lpsn pmr. hari2 kene buat aktvt, dari kumpul pelajar, cari p.a system, lcd laptop, surat jemput penceramah, brosure, kertas kerja, tempah makan minum vip, kawal pelajar di dewan sume keje kaunselor seorang. guru lain jengah 5 minit ..hilang…itulah rutin kerja kami plus eskot budak pergi camping n lawatan…belum legi sebut pasal dokumentasi untk jpn/ppd sume nak disubmit hujung persekolahan 2009. try cuba jadi guru kaunseling baru ante tau camne rasenye….itupun boss x pandang, ucap terima kasih pun tidak. kami dicari hanya bila kpm datang nak pantau, kami yang buat dokumentasi just for bos dpt markah tinggi. kebajikan kami…hampeh….tak percaya??? cubalah menyamar jadi org biasa datang cerap keadaan sebenar di sekolah….wslm

  8. mamashaukianis says:

    tq…gud nite

  9. mamashaukianis says:

    ………………….

  10. pemikirsarjana says:

    begitulah keluhan seorang guru kaunseling..sabar ye saudari..memang itulah tugas guru kaunseling seadanya..kalu rasa dah terbeban,cubalah minta program kursus khas matapelajaran yg dianjurkan pihak institut perguruan selama setahun..anda boleh memilih opsyen P&P yg disediakan..jadi selepas dapat tauliah itu, anda akan jadi guru P&P..kalu rasa terbeban lagi…carilah kerjaya lain yg memberi kebebasan kepada anda..10 tahun akan datang manusia akan kerja sendiri..jadi usahawan pendidikan sendiri…buka sekolah sendirian berhad…bila kita dah capai wawasan 2020…jadi mulai skrg kumpulkan duit banyak2 lepas itu berhenti mengajar sbg kakitangan kerajaan jadilah usahawan…tak perlu lagi anda rasa terbeban…wallahu alam

  11. adriana says:

    Kerja guru bimbingan ni memang mencabar,nak2 lagi kalu ada yang suka menguji kesabaran.tapi apapun kalau dibuat dengan ikhlas dan atas dasar tanggungjawab, insyaAllah, sume akan jadi lancar.Guru bimbingan kt mana2pun saya tgk,memg jd tulang blkg prgram sek.kdg2 walaupun takde kaitan pun,mesti tlibat jgk.Agaknya mungkin sbb dah sinonim Guru Kaunseling=Program.Tapi itulah yg mematangkan kita sbg Guru Kaunseling.

  12. sahabat bundle says:

    Salam kepada tuan punya blog ini. saya tercari-cari bahan dlm dunia maya ini, terjumpa dan terbaca blog ini. saya ingin berkongsi pandangan dengan penulis dan pembaca. selama saya menjadi kaunselor di sekolah, saya banyak membuat penyelidikan dan pemerhatian ke ats pelajar. pelajar yang selalu bermasalah di sekolah, yang kurang menyerlah dalm bidang sahsiah dan akademik adalah berpunca dari tidak solat(agama)-merujuk kepada pelajar Islam/ muslim. think and telus.
    take care

    • Mohd Muaz bin Abd Hamid says:

      Salam… boleh saya tahu, berapa lama Encik / Puan telah berkhidmat sebagai kaunselor di sekolah? Mungkin ada perkara-perkara yang bleh kita bncngkan dari sudut pandang yang berbeza dari orang lain.. Syukran

      • inferiority says:

        Assalamualaikum,
        saya baru 7 tahun berkhidmat sebagai seorang kaunselor yang bukan sepenuh masa, kena paksa mengajar subjek BM, Sivik, kadang2 Pend.Moral(paksarela)

        sebenarnya, sekolah amat memerlukan kaunselor dan ustaz/ ustazah untuk memanusiakan pelajar. tapi kadang2 tugas kaunselor tidak difahami oleh persekitaran sekolah terutama pengetua yang gila pangkat, DG48-DG52-DG54(pengetua perempuan memang tidak sesuai dijadikan ketua jabatan, fitrah terlalu ikutkan emosi, psikologi dan biologi yang tidak stabil). cuba kaji kalau tidak percaya????

        tugas guru akademik=kukuhkan akademik pelajar
        tugas guru PJ=mantapkan fizikal pelajar kerana otak yang cerdas lahir dari badan yg cergas
        TUGAS KAUNSELOR=MANTAPKAN EMOSI PELAJAR.
        TQ.

  13. barubelajar says:

    salam..maaf kalau saya lari dari tajuk perbincangan…saya pelajar yang akan berpraktikal sebagai kaunselor sekolah dalam beberapa hari lagi…sebelum ini tidak pernah melalui perjalanan sebagai kaunselor sekolah…harap mendapat nasihat dan panduan daripada kaunselor yang telah berkhidmat di sekolah, bagi pendapat saya sememangnya UBK sangat relevan di sekolah…semoga kita sama2 dapat membantu anak bangsa kita…

  14. Ustaz says:

    Salam lil ziarah…
    insya allah ba’tikum ba’d ta’liqat anil maqalah….
    la budda laka fil kitabah billughah arabiyyah likai tadrib nafsika….
    ‘ala mardatillah….insya allah

  15. mualaf says:

    Salam,
    saya pun memang tercari2 bahan n perbincangan sbegini..
    masih relevan atau tidak UBK di sekolah memandangkan gejala sosial yg semakin meningkat?

    Saya tidak mahu mengajak anda memikirkan ttg sumbangan UBK kerana tlh banyak diperkatakan tetapi cukuplah membayangkan, andai tugas sebegini banyak telah kaunselor pikul.. namun kita masih berdepan dgn cabaran, bayangkan jika tidak wujud lagi UBK??? bagi saya, hambatan tugas lain (yg bukan kaunseling ttp perlu dilakukan) yg membataskan komitmen kaunselor..
    n kaunseling tidak boleh dipersalahkan semata2 kerana tugas utama kaunselor adalah hanya di sekolah(sesi) dan menerusi program yg dianjurkan oleh UBK … tetapi pernahkah masyarakat di luar tahu bahwa kaunselor juga mengalami kekangan dalam usaha menjalankan sesi dan program? pelbagai perkara terpaksa diharungi dan ditelan oleh kaunselor..
    – kerjasama warga sekolah?
    -kerjasama guru-guru?
    -ibu bapa?
    – budget?
    -kekangan masa, terpaksa berebut dengan P&P?kadangkala seperti memohon ihsan daripada guru2 lain hanya untuk jalankan sesi
    -Relief yang ad-hoc kadangkala kaunselor terpaksa membatalkan sesi yg diatur (stelah mendapat ihsan?
    -Relief yg lebih dari 2waktu sehari?

    terlalu banyak yg perlu ditelan, dan terlalu banyak yg perlu dikorbankan…

  16. Salam, selama hampir 8 tahun menjadi seorang gurubimbingan sekolah rendah, terlalu banyak ranjau yg saya tempuhi sehingga kekadang menitis air mata. Bukan hanya kerenah murid malah kerenah rakan2 guru malahan pentadbir. Saya tidak salahkan mereka kerana mereka tidak faham sebenarnya apa tujuan kita di tempat di sekolah. Mereka tidak faham tugas kita sebagai kaunselor, mereka tidak tahu untuk menggunakan khidmat dan kepakaran kita, malah mereka tidak sedar kewujudan tugas kita. Tetapi alhamdulullah, semenjak berkhidmat dalam bidang ini, saya lebih peka pada keadaan sekeliling, saya boleh menerima hakikat kenapa orang tidak bersetuju dengan kita, yang paling saya gembira ialah saya boleh tersenyum ketika orang marah dan benci kta. Itu kebenaran! Kerana kita tahu kenapamereka marah dan kenapa kita senyum. ……

  17. rejanlay junik says:

    sy mta tlg dgn abg muaz mengenai peranan sekolah dlm pembentukan sahsiah remaja..bagaimana sekolah tu dpt membentuk sahsiah para remaja..

  18. Nazren says:

    Saya ingin berkongsi pengalaman… Waktu di Universiti kita ditekankan lebih kepada sesi/klinikal. Tapi hakikatnya di sekolah banyak program yang perlu dilaksanakan.
    1. Bila nak menjayakan program banyakla kerja-kerja pengurusan yang perlu dilakukan.
    2. Lepas tu, waktu program berlangsung Kaunselor akan pastikan semuanya berjalan dengan lancar.
    3. Habis program, dokumentasi pula. Cikgu-cikgu lain memandang bestnya jadi kaunselor boleh jalan sana sini. Kalau jalan saje-saje takpe lah.

    Sayapun bukan setakat relief je. Kena juga mengajar subjek. Kena handle pembangunan insan murid non muslim. Nak buat sesi dalam seminggu sekali punyalah susah. Dikejar dengan kerja-kerja pengurusan dan tugas setiausaha dalam pelbagai aktiviti sekolah.

    Kalau murid buat perangai, kaunselor akan dipersalahkan. Tak berjaya tarik murid, tak berjaya perbetulkan murid. Kalau pencapaian akademik tak mencapai standard yang ditentukan, kaunselor juga yang dipersalahkan. Motivasi yang disampaikan tak berkesan. Apa yang dapat lebih banyak komen yang menjatuhkan dari yang membina. Nak harap pujian, jauh sekali.

    Kemenjadian murid perlukan kerjasama semua pihak. Semua pihak pula perlu menyokong antara satu sama lain.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s