Adakah unit bimbingan dan kaunseling masih lagi releven di sekolah pada hari ini? …. Part 4


Alhamdulillah, penulis menerima pelbagai respon mengenai isu ini. Namun, penulis mendapati, pelajar sekolah hari ini sudah runtuh akhlaknya. Ini perkara yang cukup membimbangkan ibu bapa terhadap pendidikan yang diterima anak-anak di sekolah. Satu pemerhatian yang telah dibuat oleh penulis di sebuah sekolah menengah di Hulu Selangor mendapati, daripada 130 orang pelajar, tidak sampai 20 orang yang melakukan ibadah solat 5 waktu sehari semalam. Perkara ini cukup membimbangkan bagi penulis. Ini kerana, pada 5 tahun akan datang, mereka akan keluar dari sekolah dan mengharungi kehidupan di luar sekolah yang cukup kritikal ketika ini. Mungkinkah masa depan mereka akan menjadi gelap kerana tidak menerima proses pembinaan sahsiah diri pelajar di peringkat sekolah lagi? Di mana peranan UBK? Adakah mampu UBK untuk bergerak sendirian untuk berhadapan dengan masalah ini? 

Penulis berpandangan, UBK perlu bergabung tenaga bersama guru Pendidikan Islam dan Moral bagi berhadapan dengan permasalahan pelajar di sekolah ketika ini. Sangat tidak releven bagi 2 orang kaunselor yang ditempatkan di sekolah ditugaskan untuk menyelesaikan masalah emosi, karakter dan sahsiah diri pelajar bagi 600 orang pelajar di sesebuah sekolah. Kaunselor, guru pendidikan Islam serta Moral perlu duduk semeja bagi memperhalusi setiap perancangan untuk membangunkan sahsiah pelajar di sekolah. Sangat tidak bijak menulis rasakan jika tidak bergabung jalin dengan baik bagi merencanakan sesuatu program di sekolah. Ini kerana, matlamatnya adalah sama iaitu ingin memanusiakan pelajar di sekolah. Idea serta buah fikiran berdasarkan kepakaran dalam bidang masing-masing perlu diasimilasikan supaya dapat menghasilkan natijah yang baik terhadap anak murid di sekolah.

Advertisements

About Mohd Muaz bin Abd Hamid

Aku diberikan nama oleh ibu bapa ku Mohd Muaz bin Abd. Hamid. Aku dilahirkan pada tanggal 15 April 1987 di Hopital Besar Segamat, Johor. Mendapat Peringkat Awal Kanak-kanak di PASTI di Taman Sri Serting.. Peringkat Sekolah Rendah di SK Bandar Baru Serting, SK Jempol, SK Palong 14 (F).. Peringkat Sekolah Menengah di SMKA Sheikh Haji Mohd Said, Seremban.. Peringkat IPTA... Diploma Tahfiz wa Dakwah, Darul Quran, JAKIM.. Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam, Universiti Pendidikan Sultan Idris..
This entry was posted in Isu Semasa. Bookmark the permalink.

2 Responses to Adakah unit bimbingan dan kaunseling masih lagi releven di sekolah pada hari ini? …. Part 4

  1. kamal hisham says:

    isu guru kaunseling sepenuh masa, malas nak bersesi kaunseling…relief malas..nak sepenuh masa tapi tak nak balik ikut waktu pejabat 8am-4pm…apa hal…nak mengajar tak mahu..dah beri sepenuh masa malas pulak..manalah nak dihormati…saya berikan cermin..beleklah sendiri!!!!

  2. gandingan mantap antara semua guru dpt mgatasi msalah murid. guru membtk kemenjadian murid

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s