Alumni perlu kembali bantu sekolah


Bagi individu yang telah berjaya menamatkan persekolahan, secara automatik ia bergelar alumni bagi sesebuah sekolah. Sentimen alumni bagi sesebuah sekolah begitu kuat sekali walau di mana jua berada. Ini kerana, ke mana sahaja pergi, ibarat sudah tertulis dalam suratan bahawa, saya ini merupakan bekas pelajar sekolah tersebut. Apa pun, sumbangan kepada jasa dan bakti yang telah dicurahkan oleh guru perlu juga dilaksanakan. Walaupun sudah bergelar alumni sekolah, seharusnya sesekali hadir ke sekolah bagi melihat perkembangan pelajar di sekolah. Di samping menyumbang sesuatu di sekolah seperti mengadakan kem motivasi, kem kepimpinan pelajar sekolah, alumni juga menjadi medium bagi sekolah untuk meningkatkan lagi pembinaan sahsiah pelajar. Hal ini adalah kerana, alumni merupakan produk-produk keluaran sekolah yang menjadi contoh ikutan kepada pelajar.

Bayangkan, apabila seorang bekas pelajar, merupakan seorang peguam disalah sebuah syarikat guaman, diberikan ruang oleh pihak sekolah bagi bercakap di hadapan pelajar sekolah, memberikan nasihat dan juga motivasi pelajar, sudah tentu ia sedikit sebanyak memberikan inspirasi kepada pelajar untuk menjadi insan yang lebih hebat lagi. Tambahan pula, guru-guru yang pernah mengajarnya pasti berasa bangga terhadap pencapaian bekas pelajar ketika dulu sudah menjadi insan yang hebat.

Apa jua sumbangan boleh sahaja diberikan oleh alumni kepada pihak sekolah. Alangkah terharunya warga sekolah apabila alumni hadir ke sekolah bagi menyumbangkan penghawa dingin di setiap bilik guru dan surau.   Walaupun ia bersifat material, namun, ia sedikit sebanyak dapat memberikan keselesaan kepada semua warga sekolah. Manfaatnya telah dikongsi bersama, dan juga menjadi tanda ingatan ikhlas dari semua warga alumni sekolah.

Alumni juga mampu untuk membantu sekolah meningkatkan pembangunan sahsiah pelajar. Sentuhan bekas pelajar dari hati ke hati, memberikan suatu tonik baru kepada pelajar bagi menjadi insan yang berguna. Pembangunan sahsiah pelajar diperingkat sekolah dilihat tempat jika mengenepikan peranan alumni. Ini kerana, pengalaman baru selepas bergraduat mampu memberikan sesuatu kepada pelajar sekaligus menjadi role model untuk berjaya.

Makin kerap alumni datang ke sekolah, makin mampan lagi prestasi sekolah dalam setiap aspek. Justeru, walaupun sudah bergelar alumni, sayangilah sekolah anda. Berikanlah apa jua bentuk sumbangan kepada sekolah. Disamping membantu sekolah, sambil-menyambil juga menjana amal jariah bagi membawa bekalan untuk bertemu dengan Yang Maha Esa di hari akhirat kelak.

Advertisements

About Mohd Muaz bin Abd Hamid

Aku diberikan nama oleh ibu bapa ku Mohd Muaz bin Abd. Hamid. Aku dilahirkan pada tanggal 15 April 1987 di Hopital Besar Segamat, Johor. Mendapat Peringkat Awal Kanak-kanak di PASTI di Taman Sri Serting.. Peringkat Sekolah Rendah di SK Bandar Baru Serting, SK Jempol, SK Palong 14 (F).. Peringkat Sekolah Menengah di SMKA Sheikh Haji Mohd Said, Seremban.. Peringkat IPTA... Diploma Tahfiz wa Dakwah, Darul Quran, JAKIM.. Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam, Universiti Pendidikan Sultan Idris..
This entry was posted in Cetusan Pendapat. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s