Author Archives: Mohd Muaz bin Abd Hamid

About Mohd Muaz bin Abd Hamid

Aku diberikan nama oleh ibu bapa ku Mohd Muaz bin Abd. Hamid. Aku dilahirkan pada tanggal 15 April 1987 di Hopital Besar Segamat, Johor. Mendapat Peringkat Awal Kanak-kanak di PASTI di Taman Sri Serting.. Peringkat Sekolah Rendah di SK Bandar Baru Serting, SK Jempol, SK Palong 14 (F).. Peringkat Sekolah Menengah di SMKA Sheikh Haji Mohd Said, Seremban.. Peringkat IPTA... Diploma Tahfiz wa Dakwah, Darul Quran, JAKIM.. Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam, Universiti Pendidikan Sultan Idris..

Gandingan Mantap Pastikan Kemenjadian Pelajar

Warga pendidik di sekolah sentiasa mengimpikan kemenjadian pelajar yang telah dididik olehnya. Namun begitu, kemenjadian pelajar tidak mampu terhasil apabila pendidik hanya bertugas dari pukul 7.30 pagi hingga 5.00 petang sahaja. Tetapi, ia menuntut pengorbanan setiap pendidik bagi memastikan perkembangan … Continue reading

Posted in Pandangan Peribadi | Leave a comment

Alumni perlu kembali bantu sekolah

Bagi individu yang telah berjaya menamatkan persekolahan, secara automatik ia bergelar alumni bagi sesebuah sekolah. Sentimen alumni bagi sesebuah sekolah begitu kuat sekali walau di mana jua berada. Ini kerana, ke mana sahaja pergi, ibarat sudah tertulis dalam suratan bahawa, … Continue reading

Posted in Cetusan Pendapat | Leave a comment

Guru sebagai seorang negotiator

Perkataan NEGOTIATE membawa maksud runding, berunding atau merundingkan. Apabila penulis merujuk dalam Kamus Dewan bagi mencari makna berkataan runding, ia menampil dua maksud. Pertama ia merujuk kepada  perhitungan, perkiraan, pertimbangan. Keduanya ialah pembicaraan (perkiraan) yg sungguh-sungguh lagi mendalam tentang sesuatu … Continue reading

Posted in Cetusan Pendapat | Leave a comment

Offer diri untuk jadi warden di sekolah? Part 2

Memang diakui bahawa, tugas sebagai seorang warden memang mencabar. Pengorbanan yang sesungguhnya bagi seorang warden sangat-sangat dituntut bagi melaksanakan amanah yang diberikan. Penulis teringat pada firman Allah Taala dalam surah at Taubah, ayat 111: Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang … Continue reading

Posted in Cetusan Pendapat | Leave a comment

Offer diri untuk jadi warden di sekolah? Part 1

Menawarkan diri untuk menjadi warden di sekolah merupakan suatu perkara baru yang amat jarang sekali dilakukan ataupun suatu  igauan maut bagi bakal-bakal guru yang akan di “postingkan” tidak lama lagi. Tanggapan mahupun persepsi negatif yang sudah terbina dalam diri menyebabkan bakal … Continue reading

Posted in Cetusan Pendapat | 3 Comments

Bakal Guru Hilang Idea dan Identiti?

Menjelang September akan datang, bakal-bakal guru yang menuntut di institut pengajian tinggi akan di ‘posting’ kan ke tempat yang telah ditetapkan mengikut bidang masing-masing. Riak wajah kegembiraan tidak dapat disembunyikan oleh bakal-bakal guru yang sangat menanti-nanti tika dan waktu untuk … Continue reading

Posted in Muhasabah Diri | Leave a comment

Adakah unit bimbingan dan kaunseling masih lagi releven di sekolah pada hari ini? …. Part 4

Alhamdulillah, penulis menerima pelbagai respon mengenai isu ini. Namun, penulis mendapati, pelajar sekolah hari ini sudah runtuh akhlaknya. Ini perkara yang cukup membimbangkan ibu bapa terhadap pendidikan yang diterima anak-anak di sekolah. Satu pemerhatian yang telah dibuat oleh penulis di … Continue reading

Posted in Isu Semasa | 2 Comments

Pisahkan agenda politik luar di sekolah?

Politik memang tidak boleh dipisahkan dalam kehidupan. Ia juga tidak boleh dipisahkan dengan agama dengan tindakan seharian kita. Dalam dunia pendidikan juga, elemen serta unsur-unsur politik juga tidak dapat lari dari perkara sebegini. Sejarah politik tanah air telah membuktikan bahawa … Continue reading

Posted in Isu Semasa | Leave a comment

Betul ke matlamat menghalalkan cara..? 2

Sebenarnya, penulis sangat terkilan dengan pelakon-pelakon yang membintangi drama Nur Kasih tersebut. Pada hemat awal penulis terhadap cerita ini, pelakon-pelakon yang membintanginya mempunyai profil serta latar belakang diri yang baik. Ini kerana, watak lakonan yang dibawa oleh setiap pelakon member … Continue reading

Posted in Muhasabah Diri | Leave a comment

Betul ke matlamat menghalalkan cara..? 1

Pabila kita dikala subuh hari, kita bangun menghadap tuhan yang Maha Esa, maha Pencipta lagi maha berkehendak. Dalam doa Iftitah yang sering kita baca di awal permulaan sembahyang, selepas sahaja takbiratul ihram, kita berjanji bahawa hidupku, matiku adalah kerana Allah … Continue reading

Posted in Muhasabah Diri | Leave a comment